Sistem Inbox WhatsApp Team

Staf Kata Busy,
Tapi Boss Tak Nampak
Apa Yang Jadi?

Chat berselerak dalam telefon berbeza. Nampak macam rilek je, tapi claim takde masa. Sekarang semua kumpul dalam satu inbox. Anda nampak semua.

Percubaan 7 hari secara percuma.

Cuba Sekarang
Masalahnya

Setiap Staf Guna Telefon Berbeza. Susah Nak Monitor.

Customer WhatsApp masuk ke telefon office yang berbeza-beza untuk setiap staf. Nombor berlainan. Boss nak monitor? Tak boleh.

Staf kata "busy" — Tapi boss tak nampak berapa chat sebenarnya. Berapa lama reply. Siapa yang betul-betul kerja, siapa yang lepak.

Chat hilang bila staf keluar — Bila staf resign atau cuti, semua sejarah customer dalam telefon office dia. Staf baru kena start dari kosong.

Takde accountability — Lead tercicir, customer complain lambat reply, tapi tak tahu salah siapa. Semua bagi alasan "tak nampak mesej".

Boss jadi customer service — Bila staf tak reply, customer terus WhatsApp boss. Akhirnya boss yang kena layan satu-satu, bukannya fokus buat bisnes.

Anda bayar gaji staf sales. Tapi tak tahu mereka buat kerja ke tak. Sistem macam ni memang rugi.

Penyelesaian

Sekarang Boss Nampak Semua. Real-Time.

01

Satu inbox untuk semua staf

Semua chat WhatsApp customer masuk satu tempat. Boss login, terus nampak semua perbualan. Takde lagi alasan "tak nampak mesej".

02

Monitor produktiviti staf tanpa tanya satu-satu

Nampak berapa chat setiap staf handle. Berapa lama ambil masa reply. Siapa yang konsisten, siapa yang buat alasan je. Data tak tipu.

03

Alert bila staf lambat reply

Bila staf lambat reply, chat tu akan masuk kategori "Perlu Perhatian" dalam inbox. Boss nampak terus mana yang tertunggak dan boleh ambil tindakan.

Takde lagi alasan "busy" tanpa bukti.

Features

Apa Korang Dapat
Dengan layan.je

Semua yang team perlukan untuk handle WhatsApp customer dengan professional. Satu platform, takde setup complicated.

Shared Team Inbox

Semua chat WhatsApp dalam satu tempat. Mana-mana staf boleh sambung perbualan tanpa hilang konteks.

Quick Reply Flows

Bina flow jawapan siap untuk soalan lazim. Staf reply dalam satu klik, konsisten dan laju tanpa taip ulang.

Tracker Masa Reply (SLA)

Tetapkan had masa reply dan terima amaran masa nyata bila ada pelanggan menunggu terlalu lama.

Reminder Follow-Up

Sistem flag chat yang senyap selepas balasan anda, supaya lead tak terbiar tanpa tindakan lanjut.

Dashboard Boss

Nampak real-time siapa handle berapa chat, berapa lama reply, dan mana staf yang paling produktif. Data jelas, takde tipu.

Customer Management

Profil customer tersimpan dengan nota, tag, dan sejarah perbualan. Staf baru boleh sambung tanpa tanya ulang.

Teknologi Terkini

WhatsApp Coexistence

Feature terbaru dari Meta yang buat peralihan ke API jadi senang gila. Takde drama.

Dulu, kalau nak guna WhatsApp API, kena uninstall WhatsApp Business App dulu. Chat history hilang, contact hilang, group hilang. Sekarang? Tak perlu dah.

Dengan WhatsApp Coexistence:

Satu Nombor, Dua Akses — Guna WhatsApp Business App dan API pada nombor yang sama. Tak perlu tukar nombor.
Chat History Kekal Selamat — Semua chat, contact, dan group masih ada dalam phone. Takde yang hilang.
Peralihan Tanpa Gangguan — Team masih boleh chat manual dari phone macam biasa, sementara layan.je handle inbox, assignment, dan tracking secara automatik.
Real-time Sync — Mesej dari App dan API sync secara real-time. Semua tercatat di satu tempat.

Maksudnya? Korang boleh scale bisnes tanpa kehilangan apa yang dah dibina.

Kenapa Layan.je

Fokus Solve Masalah Sebenar

Takde features yang berat atau bloated. Kami bina apa yang anda betul-betul guna.

Takde features pelik-pelik yang confuse. Setiap button ada tujuan jelas. Staf anda boleh guna terus tanpa training panjang.

Takde semua benda nak "AI" kan. AI bagus bila solve masalah. Tapi kalau letak AI sebab nak nampak canggih je, buang masa.

Takde features separuh masak. Kami release bila dah betul-betul siap dan tested. Bukan release dulu, fix kemudian.

Elakkan customer disidai. Alert bila staf lambat reply. Reminder bila chat tergantung. Sistem pastikan takde customer tertinggal.

Satu masalah je: Staf lambat reply, customer lari. Kami bina sistem supaya takde lagi lead tercicir.

Siapa Patut Guna

Bukan Untuk Semua Orang

Ini alat untuk owner yang serius nak bina sistem.

✕ Tak sesuai kalau anda...

Anda jenis buat bisnes hit-and-run, nak cepat jual, lepas tu tinggal customer.

Anda tak berminat jaga pengalaman customer selepas chat pertama.

Anda tak nak bina SOP team, tak nak pantau follow-up, dan tak kisah chat tercicir.

"Boleh je 1 staf 1 phone. Apa masalahnya?", memang boleh, sila teruskan.

Kalau ini cara anda berniaga, layan.je memang bukan untuk anda.

✓ Sesuai kalau anda...

Anda nak bina bisnes untuk jangka panjang, bukan main short term.

Anda serius nak jaga customer dari mesej pertama sampai selepas jualan.

Anda nak funnel WhatsApp yang tersusun, boleh dipantau, dan konsisten walaupun staf bertukar.

Anda nak owner ada visibility penuh: siapa reply, berapa cepat, dan chat mana yang masih pending.

Anda nak data customer kekal terurus dan tak berselerak dalam telefon office staf.

Anda nak sistem operasi yang boleh scale tanpa tukar cara kerja setiap bulan.

Kalau ini matlamat anda, layan.je dibina untuk team anda.

Jenis Bisnes

Siapa Yang Patut Guna layan.je

Ejen insurans / hartanahTeam e-commerceBisnes servis tempahanKlinik & pusat rawatanTeam sales B2BAgensi pemasaranF&B & home businessBisnes dengan ramai staf
Harga

Satu Harga, Semua Features

Setiap plan termasuk semua features. Bezanya cuma berapa ramai team dan berapa nombor WhatsApp yang anda perlukan.

Starter

Untuk team kecil yang baru nak mula

RM79/bulan

Serendah RM26/staf sebulan

3 ahli team
2 nombor WhatsApp
Semua 12+ features termasuk
Mula Sekarang
Paling Popular

Growth

Untuk team yang sedang berkembang

RM129/bulan

Serendah RM13/staf sebulan

10 ahli team
5 nombor WhatsApp
Semua 12+ features termasuk
Mula Sekarang

Scale

Untuk team besar yang nak scale

RM199/bulan

Serendah RM8/staf sebulan

25 ahli team
10 nombor WhatsApp
Semua 12+ features termasuk
Mula Sekarang

Semua plan bil bulanan dalam Ringgit Malaysia. Harga tidak termasuk caj mesej WhatsApp Cloud API dari Meta. Boleh cancel bila-bila masa.

Kenapa layan.je

Kenapa Pilih layan.je?

Bukan sekadar tools biasa. Platform yang dibina khas untuk bisnes Malaysia yang serius pasal customer experience.

Setup cepat — terus boleh guna dalam beberapa minit je.

Support lokal — team kami sedia bantu bila-bila masa dalam Bahasa Melayu.

Harga telus — takde caj tersembunyi, sesuai dengan keperluan bisnes korang.

Korang fokus satu je: Layan pelanggan dengan lebih baik.

Tentang Kami

Tentang layan.je

layan.je adalah platform WhatsApp team inbox yang satukan semua chat customer dalam satu dashboard.

Kami faham betapa leceh nak urus banyak nombor WhatsApp dengan staf yang berbeza. Sebab tu kami bina penyelesaian yang simple tapi powerful — supaya team korang boleh fokus layan pelanggan, bukan sibuk tukar-tukar phone.

Misi kami satu je: Bantu bisnes korang berkomunikasi dengan lebih efektif dan tersusun.

FAQ

Soalan Lazim

Kenapa Tak Guna WhatsApp Business App Je?

WA Business App = 1 device je

Takde team collaboration

Takde analytics

Takde auto-assignment

Guna unofficial API ke?

Tidak. Kami guna WhatsApp Cloud API yang official dari Meta. Selamat, stabil, dan takde risiko account kena ban.

Kena ada Meta Business Portfolio ke?

Ya, kena ada Meta Business Portfolio untuk guna WhatsApp Cloud API. Kami akan guide anda setup dari awal.

Business Portfolio kena verified ke?

Tak perlu verified untuk mula guna. Tapi kalau nak hantar mesej ke lebih ramai customer, Meta akan minta verify business anda.

Berapa lama setup?

Setup awal ambil masa 10-15 minit je. Sambung nombor WhatsApp, jemput team, dan terus boleh guna.

Kena guna nombor baru ke?

Boleh guna nombor baru atau nombor WhatsApp Business yang sedia ada. Kami guide proses migration supaya takde chat hilang.

Berapa caj untuk mesej?

Bila customer mesej anda dulu, balasan anda FREE untuk 24 jam. Kalau anda nak mesej customer dulu, kena guna "template" yang perlu approval Facebook, dan caj dari RM0.07 hingga RM0.40 per mesej (bergantung kategori).

Berapa nombor boleh guna?

Starter: 2 nombor | Growth: 5 nombor | Scale: 10 nombor. Setiap nombor boleh handle unlimited chat.

Berapa ramai staf boleh guna?

Starter: 3 staf | Growth: 10 staf | Scale: 25 staf.

Jangan Tunggu Lagi.
Mula Sekarang.

Team anda layak ada inbox WhatsApp yang professional. Setup dalam 10 minit, terus boleh guna.